Tuesday, 8 March 2011

CAMERA

CAMERA atau KAMERA merupaka satu alat perakam imej dengan menggunakan filem atau sensor. Rakaman boleh berada dalam bentuk filem itu sendiri atau elektronik data. Photograher atau Fotografer atau jurukamera menggunakan kamera dan lensa untuk mendedahkan bahan sesintif cahaya seperti filem atau sensor, dengan exposure yang betul untuk mendapatkan sesuatu imej.

Sedikit perihal sejarah kamera.

Camera atau camera obscura (perkataan Latin "dark chamber" atau ruang gelap) merupakan kombinasi dari pelbagai penemuan. Sejarah menunjukan bahawa seorang ilmuan dan saintis islam yang berasal dari Iraq bernama Abu Ali Al-Hasan Ibn al-Haitham (965-1039), yang dikenali oleh barat sebagai Alhacen, bertanggungjawab dalam penemuan ini apabila beliau melakukan ujian amali keatas ciri-ciri optik. Setelah itu barulah ia dituruti dengan penemuan-penemuan yang lain seperti bahan kimia, filem dan seterusnya sensor elektronik.

Sumber asal: wikipedia

No comments:

Post a Comment